Terengganu adalah salah sebuah daripada
tiga negeri di pantai timur. Ia terletak di bahagian timur semenanjung
Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh
makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur,
Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling kaya dengan hasil lautan
dan sumber mineral yang melimpah ruah.
Sejarah yang panjang
Sejarah Terengganu adalah amat panjang.
Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan didiami sekurang-kurang
pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’.
Ramai ahli sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju
Kua, kedua dua mereka tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang dikenali Terengganu.
Pengaruh Islam
Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang
menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu. Penemuan batu
bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein Ghulam
al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam
telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi.
Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini
adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303
masihi.
Negeri alim-ulama
Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.
Di kalangan ulama yang dicatatkan ada
yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku Tuan Besar adalah
bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka. Ada pula
di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya,
Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan
Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan
alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini dengan
lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan Guru Haji
Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas
Kuala Besut dan ramai lagi.

Feri
yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir.
Sekarang sudah dimodenkan dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.
No comments:
Post a Comment