Istana Nur Nadhirah
Setakat
yang diketahui, istana ini telah didirikan pada tahun 1920-an iaitu
selepas termeterainya perjanjian Terengganu-Inggeris pada tahun 1919
yang antara lain kandungannya mengkehendaki Kerajaan Terengganu
menyediakan sebuah rumah sebagai kediaman rasmi Penasihat Inggeris.
Semasa
pemerintahan Jepun, istana ini dijadikan tempat kediaman Gabenornya,
Shuchiji Kakha (Shu Chokan Kakha) manakala semasa pemerintahan Siam
pula ia telah dijadikan tempat kediaman Gabenornya. Selepas Perang
Dunia Kedua, istana ini dijadikan tempat tinggal Penasihat Inggeris
sehingga Disember 1956.
Apabila
negara mencapai kemerdekaan, istana ini menjadi tempat kediaman rasmi
Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu. Istana ini
telah ditukarkan namanya kepada Istana Nur Nadhirah pada tahun 1998.
No comments:
Post a Comment